Ditubuhkan dengan ilham untuk menyajikan secangkir kopi yang berkualiti tinggi kepada setiap pelanggan.
Setiap pilihan menu kami dikaji dan menggunakan bahan terbaik untuk memenuhi citarasa pelanggan agar peminat kopi sekalian dapat menikmati kopi premium dengan harga yang berpatutan.
Setiap barista di sini diberi latihan oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan pengalaman yang dilalui oleh setiap mereka di sini adalah pengalaman yang amat berharga.
“From zero to Hero” adalah misi kami
Membina karier dan pengalaman yang bermanfaat kepada masyarakat Ilmu yang kami perolehi akan cuba disalurkan kepada para pelanggan melalui kaedah pengajaran dan perkongsian rahsia berkaitan pembuatan kopi. Kami yakin kaedah tersebut mampu mendekatkan hati nurani para pelanggan dengan “dunia kopi”. Pelanggan juga dapat membeli peralatan berkaitan kopi dan alatan untuk menyediakan minuman tersebut. Para barista kami yang diajar dan mendapat tauliah sedia membantu para pelanggan yang dihormati.
